Selasa, 9 Oktober 2012

Menerima Suatu Suratan

24 September

Di saat rakan-rakan lain menerima perkhabaran gembira panggilan temuduga HLP/CBBP 2013, diri ini seakan terpana kerana perkhabaran duka yang menghimpit jiwa. Luluh rasa hati kerana percubaan yang ketiga tahun berturut-turut lebur begitu sahaja. Memang kekecewaan terlalu menguasai diri. Hendak berdepan dengan rakan sekelilingpun sudah tidak punya semangat. Seakan terawangan di duniaku sendiri. Percubaan permohonan ini barangkali yang terakhir, tetapi yang terakhir ini jugalah yang mengecewakan aku. Namun, kupujuk diri kerana semua itu adalah suratan hidup buatku. Kuterima ujian besar dari Maha Pencipta ini dengan redha. Semoga ada perkhabaran lebih gembira untuk aku sebagai balasan untuk ketabahan hati ini menerima suratan ini. Ya, Allah. Aku redha dengan perancanganmu Ya Allah. Segalanya punya hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.