Ahad, 3 November 2013

Aura Remaja Lelaki Masa Kini

Berpeluang berkunjung ke bilik asrama remaja lelaki mengimbau kembali kenangan lama ketika di bangku sekolah dan di universiti. Tidak banyak berubah dengan gambaran sebuah bilik lelaki bujang sebegitu.. Keadaan yang sedikit tidak terurus dengan longgokan sampah, pembalut maggi dan kotak-kotak rokok menjadi fenomena yang biasa.  Remaja-remaja ini amat santai di dalam bilik 'ciptaan' mereka sendiri dengan selesa mengadap komputer riba tanpa memakai baju, hanya bertuala ke tandas atau menyidai baju dan berseluar boxer yang menjadi trend remaja masa kini.  Wajah keremajaan yang tampak jelas melalui susuk tubuh yang rata-ratanya agak kurus dengan sedikit otot yang mulai kelihatan di lengan dan bahu.. Bulu-bulu halus manja yang menghiasi dada dan bawah pusat bagi segelintir mereka dan barangkali beberapa "pack" (biarpun tak sampai six pack") di perut yang sememangnya bebas dari istilah boroi.  Mereka bebas bersapa dengan rakan-rakan tanpa segan silu kerana mengetahui ruang peribadi mereka agak luas di dalam blok asrama seperti ini.


Selasa, 26 Mac 2013

Bab 1

Isi kelas tingkatan 5 Zamrud tekun memerhatikan Zalia menulis jawapan penyelesaian soalan penyata penyesuaian bank di atas papan putih di hadapan kelas. Cikgu Azira serius memerhatikan bagaimana pelajarnya itu menyediakan penyata penyesuaian bank mengikut tatacara yang telah diajarnya minggu lalu. Sekurang-kurangnya latihan sebegini dapat memberi lebih kefahaman kepada pelajar-pelajar yang mengambil kertas Prinsip Perakaunan itu. Sementara menanti Zalia menyelesaikan tugasan di hadapan kelas, pelajar-pelajar lain berbual-bual perlahan dan tidak terkecuali ada yang sudah terlentuk di meja.
     " Hoi, bangunlah......" Zamir menyiku Zafrel yang sudah terlena di sebelahnya. Matanya liar memandang Cikgu Azira yang sedari tadi asyik memerhatikan Zafrel.
     " Zafrel !.... awak sudah sampai planet mana? Zuhal? Musyatari?" teriak Cikgu Azira menyebabkan seluruh kelas menumpukan perhatian kepada Zafrel.
     " Cari pasal betul kau ni... " bisik Zamir lagi memerhatikan Zafrel yang terpinga-pinga apabila namanya dipanggil.
Cikgu Azira bergerak ke hadapan kelas.
    "Zafrel..awak pula jawab soalan 2 (b) kat hadapan kelas..." perintah Cikgu Azira keras.

Alamak? aku nak jawab apa ni? soalan pun aku tak baca. Semalam mana sempat nak menelaah gara-gara Sukiman yang menganggu tidurnya.
    " Mir, aku pinjam jawapan kau..." bisik Zafrel cuba mencari penyelesaian. Saat terdesak begitu diharapkan teman baiknya itu dapat membantu.
    " Sorry, Zaf.. aku pun tak sempat buat lagi...." Zamir tersengih-sengih.
Zafrel menggaru-garu kepala. Macam mana ni? Aduh, lungai aku macam ni!
Dikerling wajah Fahim, mohon pertolongan tetapi Fahim hanya menggeleng kepala menandakan tidak dapat menolong.
      " Zafrel.... awak ada masalah ker?" soal Cikgu Azira lagi.
Zafrel hanya tersengih. Tak guna punya kawan. Masa aku perlukan pertolongan, korang semua buat tak tahu aja. Siap korang lepas ni.
      " Cikgu.... biar saya ajalah yang buat soalan itu cikgu..." tiba-tiba sahaja satu suara menjerit menghulurkan pertolongan.
Bulat mata Zafrel memandang Suzana yang sudah bersedia dengan kertas jawapannya di tangan. Biar betul minah ini. Buang tabiat agaknya.
      " Okey... tapi Zafran, jangan ingat awak terlepas begitu sahaja. Esok saya nak awak hantar kepada saya penyelesaian soalan 5 dan soalan 7 dalam buku teks tu kepada saya. Esok, pagi-pagi mesti dah ada atas meja saya..faham..."
     " Faham, cikgu..." Zafrel mengangguk.
Zamir di sebelah hanya tersenyum-senyum. "Mujurlah ada orang yang sayang dan sanggup selamatkan kau..."
Zafrel mengerutkan dahi. Apasal pulak minah itu tiba-tiba jadi baik dengan aku hah?
     " Tak faham aku dengan Suzana ni..."
     " Dia tolong kau kira dah baik apa?.... "
Zafrel membelek-belek muka surat buku teks yang perlu disiapkan nanti. Ditandakan dua soalan yang perlu diselesaikan nanti.
     " Dia kan dah lama syok dekat kau. Kau tu aja yang jual mahal. Anak ornag kaya tu bro.." usik Zamir lagi.
     " Dah..dah... dia aja yang perasan. Tak larat lah aku nak melayan SMS dia tiap-tiap hari."

Zamir menyiku Zafrel.
    " Eh.. malam ni jadi tak main futsal? " Zamir mengalih topik perbualan.
    " Aku okey aja. Kau tanya Izudin dan Fahim, diorang tu susah sikit nak keluar rumah malam-malam"

Usai kelas Prinsip Perakaunan, mereka bergerak ke makmal sains bagi mengikuti pelajaran Sains pula.
    " Hai, Zaf..... petang esok you free tak? " Suzana tiba-tiba menerpa ketika Zafrel mulai melangkah menuju ke muka pintu.
Kaget Zafrel seketika.
    " Erm... kalau free kenapa?" soal Zafrel kembali.
Suzana hanya tersenyum manja. Berdepan dengan jejaka pilihan hatinya itu menyebabkan dadanya berdebar-debar.
    " Saya nak minta, Zaf ajarkan saya Ekonomi, Zana tak berapa faham lah pasal perdagangan antarabangsa."
Izzuddin dan Fahim tiba-tiba mencelah.
    " Hai, ajak abang Zaf sorang sahaja ker? kami berdua nak join boleh?" tiba-tiba Fahim menyampuk perbualan sepasang teruna dara itu.
Suzana seakan malu-malu.
    " Petang esok, saya ada latihan hoki." Zafrel berterus-terang. Tidak mahu gadis itu berkecil hati dengan penolakannya.
    " Oh... kalau macam tu. Tak mengapalah.."kendur sahaja nada suara Suzana.
    " Eh..tak apa,.... kami berdua boleh tolong...Hehe..."
    " Yela.... tolong jangan menyibuk boleh?" tekan Suzana terasa dirinya dipermainkan.

Laju sahaja langkahnya meninggalkan tiga rakan sekelasnya itu. hasratnya terkubur lagi untuk merapatkan diri dengan Zafrel.
     Tanpa disedari dari jauh sepasang mata asyik memerhatikan tingkah-laku mereka.







Ahad, 27 Januari 2013


KIAS CINTA

PROLOG

Zafrel bergegas menyalin pakaian kerjanya kepada pakaian yang lebih santai untuk pulang ke rumah. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Dia harus segera pulang, beristirehat secukupnya untuk bangun awal pagi esok. Biarpun kepenatan sering menghambat dirinya tetapi itulah caranya dia menyara hidupnya bagi meringankan beban keluarga makciknya. Memang Mak Besah tidak pernah berkira dalam soal persekolahannya dan adiknya tetapi dia sedia maklum pendapatan Mak Besah sebagai tukang jahit tidaklah seberapa sedangkan dia terpaksa menanggung dia dua beradik dan seorang anak bujangnya yang masih belum berkahwin.
" Zaf! esok petang kau datang awal sikit tau. Akim dan Shima esok bercuti. Tak cukup kakitangan kita" pesan Hafizul selaku penyelia di stesen minyak itu.
" Baik, bang...  saya pergi dulu" pamit Zafrel mencapai beg galasnya dan keluar meninggalkan Dshoppe stesen minyak itu.  Tinggallah Hafizul bersama dua orang pekerja lain meneruskan tugas di stesen minyak yang beroperasi 24 jam itu.

Zafrel memandang langit malam yang kelam pekat. Tiada sebutir bintangpun menghiasi dada langit yang makin suram.  Kedingan mula terasa apabila bayu lembut menampar-menampar tubuhnya yang dibaluti sehelai jaket yang sudah lusuh. Gerak langkah diteruskan menuju ke rumah yang terletak hanya 5 kilometer dari stesen minyak tadi.
Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Tertera nama insan yang amat disayangi.
" Hello...abang Zaf lambat lagi ke sampai rumah?"
" Sekejap lagi. Abang dalam perjalanan ni.. Ira pergilah tidur dulu. Tak payah tunggu abang." jawab Zafrel ringkas.
" Ira ada simpan makanan untuk abang kat atas meja. Nanti abang makan tau. Okey... Assalamualaikum, bang.."
" Waalaikumsalam"

Telefon dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeansnya. Dia hanya bersiul-siul riang sambil menyegarkan tubuhnya yang makin lesu dek kepenatan. Mujur dia sudah menyiapkan kerja rumah Matematik Tambahan yang dibekalkan oleh Cikgu Lim sebelum memulakan tugasnya pukul 4.00 petang tadi.

Siulannya mata apabila terpandangkan sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan dengan memasang lampu kecemasan. Seorang lelaki sedang mengeluarkan beberapa peralatan daripada but kereta untuk membaiki keretanya barangkali.  Kegelapan malam memang menyukarkannya untuk berbuat demikian. Hanya lampu suluh yang membantu menerangi persekitaran yang kelam itu.
" Assalamualaikum, bang..." sapa Zafrel sambil mendekati kereta mewah milik pemuda itu. Kereta Toyota Camry berwarna hitam itu memang menjadi idamannya untuk dimiliki suatu hari nanti.  Memandang sahaja kereta itu serta merta minda membuat telahan sendiri. Pemiliknya bukan calang-calang. Hartawan ataupun paling kurang usahawan ternama.
" Ada apa masalah bang?"
Pemuda berbaju kemeja biru itu menoleh sekilas.
" Tayar kereta ini pancit..." balas pemuda itu sambil mengeluarkan tayar spare untuk menggantikan tayar yang sudah bocor daripada but keretanya.
" Tak apa bang, biar saya tolong." ringan sahaja Zafrel mengambil peralatan untuk menukar tayar daripada tangan pemuda itu.
" Tak mengapakah?"
Zafrel hanya mengangguk. "Abang suluh kat sini..."pintanya.

Selepas 15 minit kerja menggantikan tayar kereta pemuda itu selesai. Zafrel menarik nafas lega kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.
" Minta maaflah sudah menyusahkan adik" pemuda itu berasa serba salah.
" Tak ada apa-apalah bang.  Pertolongan kecil sahaja..." Zafrel mencapai kembali beg galasnya untuk beredar.
" Nanti sekejap..." pemuda itu mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan not seratus kepada Zafrel.
" Ermm... saya ikhlas tolong abang.." Zafrel menolak. Tidak wajar rasanya menerima pemberiaan orang atas pertolongan yang dihulurkan secara suka rela.
" Ambillah... abang juga ikhlas nak berterima kasih pada adik..."
" Panggil saya Zafrel saja bang.... "
"Ambillah Zafrel... " wang tersebut cuba dihulurkan kepada Zafrel.
" Tak mengapa bang. Saya tak harapkan apa-apa balasan pun." sekali lagi Zafrel menolak wang pemberian pemuda tersebut.
" Ermm... terima kasih banyak, Zafrel. Nama abang Ijmal...ini kad abang. Mana tau lain hari Zafrel perlukan apa-apa bantuan, just call abang okey?" Zafrel mengambil kad tersebut perlahan-lahan. Nama yang tertera dibaca sepintas lalu.
" Saya minta diri dulu bang..esok nak sekolah.." pamit Zafrel yang khuatir kelewatan pulang ke rumah.
" Masih bersekolah?..abang ingatkan dah bekerja..."
" Saya masih dalam Form Five. Kerja sambilan aja kat stesen minyak tu" tuding Zafrel ke sstesen minyak yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari situ.
" Nak abang hantar balik ke rumah?"
" Tak usah bang. rumah saya dekat depan tu je..."

Ijmal menghulurkan salam kepada Zafrel berterima kasih.
" Okey, tapi abang tetap nak balas budi Zafrel lain kali. So, macam mana abang nak jumpa Zafrel lagi?"
" Abang boleh cari saya kat stesen minyak tu.."

Ijmal mengangguk sambil memerhatikan anak muda itu meneruskan perjalanan sambil meredah kegelapan malam. Bukan senang menemui anak remaja yang berhati tulus seperti Zafrel. Dia rasa betul-betul terhutang budi. Tekadnya, budi remaja tadi pasti akan dibalasnya suatu hari nanti...




Selasa, 9 Oktober 2012

Menerima Suatu Suratan

24 September

Di saat rakan-rakan lain menerima perkhabaran gembira panggilan temuduga HLP/CBBP 2013, diri ini seakan terpana kerana perkhabaran duka yang menghimpit jiwa. Luluh rasa hati kerana percubaan yang ketiga tahun berturut-turut lebur begitu sahaja. Memang kekecewaan terlalu menguasai diri. Hendak berdepan dengan rakan sekelilingpun sudah tidak punya semangat. Seakan terawangan di duniaku sendiri. Percubaan permohonan ini barangkali yang terakhir, tetapi yang terakhir ini jugalah yang mengecewakan aku. Namun, kupujuk diri kerana semua itu adalah suratan hidup buatku. Kuterima ujian besar dari Maha Pencipta ini dengan redha. Semoga ada perkhabaran lebih gembira untuk aku sebagai balasan untuk ketabahan hati ini menerima suratan ini. Ya, Allah. Aku redha dengan perancanganmu Ya Allah. Segalanya punya hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.

Rabu, 13 Jun 2012

12 Tahun dalam Perkhidmatan Awam

Hari ini 12 June 2012 genap 12 tahun aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam Malaysia. Begitu pantas masa yang berlalu. Terlalu banyak peristiwa suka duka pahit dan manis yang telah kulalui. Harapnya selepas ini aku akan 'memperoleh' sesuatu daripada perkhidmatan awam ini. Biasiswa ker? cuti belajar ker? cukuplah untuk aku sebagai 'hadiah' atas kesetiaan kepada perkhidmatan kerajaan...

Sabtu, 17 Disember 2011

Intro

Mendengar lagu-lagu pop popular sekitar tahun 1996-1997 memang mengasyikan. Lagu-lagu seperti "Yang Terindah Cuma Sementara" (Erra Fazira), "Cinta Antara Benua" (Arni Nazira), "Pelamin Anganku Musnah" (Azie), "Ungkapan Kata Bernafas Cinta" (Feeza) dan "Sehelai Daun Setitis Embun) mengimbau kenangan lebih 15 tahun lalu sewaktu belajar di UUM dan menginap di Kolej Petronas. Lagu-lagu ini menjadi teman setia ketika mengulangkaji pelajar. 4F 218 adalah bilik kesayanganku yang paling strategik. Berdekatan dengan laluan turun naik dan mengadap jalan raya. Ditambah dengan rakan-rakan blok 4F yang baik hati, ceria dan menyenangkan. Tambahan pula bilik rehat yang menempatkan TV memang hampir dengan bilikku.