Selasa, 26 Mac 2013

Bab 1

Isi kelas tingkatan 5 Zamrud tekun memerhatikan Zalia menulis jawapan penyelesaian soalan penyata penyesuaian bank di atas papan putih di hadapan kelas. Cikgu Azira serius memerhatikan bagaimana pelajarnya itu menyediakan penyata penyesuaian bank mengikut tatacara yang telah diajarnya minggu lalu. Sekurang-kurangnya latihan sebegini dapat memberi lebih kefahaman kepada pelajar-pelajar yang mengambil kertas Prinsip Perakaunan itu. Sementara menanti Zalia menyelesaikan tugasan di hadapan kelas, pelajar-pelajar lain berbual-bual perlahan dan tidak terkecuali ada yang sudah terlentuk di meja.
     " Hoi, bangunlah......" Zamir menyiku Zafrel yang sudah terlena di sebelahnya. Matanya liar memandang Cikgu Azira yang sedari tadi asyik memerhatikan Zafrel.
     " Zafrel !.... awak sudah sampai planet mana? Zuhal? Musyatari?" teriak Cikgu Azira menyebabkan seluruh kelas menumpukan perhatian kepada Zafrel.
     " Cari pasal betul kau ni... " bisik Zamir lagi memerhatikan Zafrel yang terpinga-pinga apabila namanya dipanggil.
Cikgu Azira bergerak ke hadapan kelas.
    "Zafrel..awak pula jawab soalan 2 (b) kat hadapan kelas..." perintah Cikgu Azira keras.

Alamak? aku nak jawab apa ni? soalan pun aku tak baca. Semalam mana sempat nak menelaah gara-gara Sukiman yang menganggu tidurnya.
    " Mir, aku pinjam jawapan kau..." bisik Zafrel cuba mencari penyelesaian. Saat terdesak begitu diharapkan teman baiknya itu dapat membantu.
    " Sorry, Zaf.. aku pun tak sempat buat lagi...." Zamir tersengih-sengih.
Zafrel menggaru-garu kepala. Macam mana ni? Aduh, lungai aku macam ni!
Dikerling wajah Fahim, mohon pertolongan tetapi Fahim hanya menggeleng kepala menandakan tidak dapat menolong.
      " Zafrel.... awak ada masalah ker?" soal Cikgu Azira lagi.
Zafrel hanya tersengih. Tak guna punya kawan. Masa aku perlukan pertolongan, korang semua buat tak tahu aja. Siap korang lepas ni.
      " Cikgu.... biar saya ajalah yang buat soalan itu cikgu..." tiba-tiba sahaja satu suara menjerit menghulurkan pertolongan.
Bulat mata Zafrel memandang Suzana yang sudah bersedia dengan kertas jawapannya di tangan. Biar betul minah ini. Buang tabiat agaknya.
      " Okey... tapi Zafran, jangan ingat awak terlepas begitu sahaja. Esok saya nak awak hantar kepada saya penyelesaian soalan 5 dan soalan 7 dalam buku teks tu kepada saya. Esok, pagi-pagi mesti dah ada atas meja saya..faham..."
     " Faham, cikgu..." Zafrel mengangguk.
Zamir di sebelah hanya tersenyum-senyum. "Mujurlah ada orang yang sayang dan sanggup selamatkan kau..."
Zafrel mengerutkan dahi. Apasal pulak minah itu tiba-tiba jadi baik dengan aku hah?
     " Tak faham aku dengan Suzana ni..."
     " Dia tolong kau kira dah baik apa?.... "
Zafrel membelek-belek muka surat buku teks yang perlu disiapkan nanti. Ditandakan dua soalan yang perlu diselesaikan nanti.
     " Dia kan dah lama syok dekat kau. Kau tu aja yang jual mahal. Anak ornag kaya tu bro.." usik Zamir lagi.
     " Dah..dah... dia aja yang perasan. Tak larat lah aku nak melayan SMS dia tiap-tiap hari."

Zamir menyiku Zafrel.
    " Eh.. malam ni jadi tak main futsal? " Zamir mengalih topik perbualan.
    " Aku okey aja. Kau tanya Izudin dan Fahim, diorang tu susah sikit nak keluar rumah malam-malam"

Usai kelas Prinsip Perakaunan, mereka bergerak ke makmal sains bagi mengikuti pelajaran Sains pula.
    " Hai, Zaf..... petang esok you free tak? " Suzana tiba-tiba menerpa ketika Zafrel mulai melangkah menuju ke muka pintu.
Kaget Zafrel seketika.
    " Erm... kalau free kenapa?" soal Zafrel kembali.
Suzana hanya tersenyum manja. Berdepan dengan jejaka pilihan hatinya itu menyebabkan dadanya berdebar-debar.
    " Saya nak minta, Zaf ajarkan saya Ekonomi, Zana tak berapa faham lah pasal perdagangan antarabangsa."
Izzuddin dan Fahim tiba-tiba mencelah.
    " Hai, ajak abang Zaf sorang sahaja ker? kami berdua nak join boleh?" tiba-tiba Fahim menyampuk perbualan sepasang teruna dara itu.
Suzana seakan malu-malu.
    " Petang esok, saya ada latihan hoki." Zafrel berterus-terang. Tidak mahu gadis itu berkecil hati dengan penolakannya.
    " Oh... kalau macam tu. Tak mengapalah.."kendur sahaja nada suara Suzana.
    " Eh..tak apa,.... kami berdua boleh tolong...Hehe..."
    " Yela.... tolong jangan menyibuk boleh?" tekan Suzana terasa dirinya dipermainkan.

Laju sahaja langkahnya meninggalkan tiga rakan sekelasnya itu. hasratnya terkubur lagi untuk merapatkan diri dengan Zafrel.
     Tanpa disedari dari jauh sepasang mata asyik memerhatikan tingkah-laku mereka.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan